Wednesday, March 11, 2015

Ceritera tentang Vita-Lea For Children

Selamat petang semua.. lama dah menyepi, kini kembali lagi dengab 👦👧Vita lea for chidren chewable dari shaklee, ini merupakan multivitamin kanak-kanak yang 👍 bagus. Kenapa saya cakap sangat bagus?? Sebabnya;

✔Ia membekalkan 100% vitamin C, D dn E, serta BONUS: 8 jenis vitamin B yang penting.

✔Ia membekalkan 200mcs kalsium, magnesium, zinc, copper dan banyak lagi

✔Tidak dicampur bahan perisa tiruan, perasanya adalah semulajadi dan enak

✔ Ia juga tidak menyebabkan kavitiIa sangat lazat macam gula-gula sugus, perisa anggur

Nampak tak kebaikan diatas tu..hehe..👧👦Jika  tidak memberikan anak anda multivitamin, anak perlukan makanan berikut secukupnya👇;

✔Vitamin A : 2500IU bersamaan 1.5 cawan lobak

✔Vitamin C: 60 mg bersamaan 6oz jus oren

✔Vitamin D: 400IU bersamaan 8oz susu

✔Asid folik: 400mcg bersamaan 4 cawan brokoli masak

✔Zat besi: 6mg bersamaan 1.5 cawan spinach masak

✔Magnesium: 40mg bersamaan 6.5 cawan brussel sprout

✔Zinc : 5mg bersamaan 3 cawan kacang ginjal

🌟Untuk pastikan mereka mendapat vitamin yang secukupnya setiap hari daripada makanan mereka, hanya berikan 1-2 tablet multivitamin ini sehari sudah menyamai semua senarai makanan  atas..best tak?? Ada lagi nih, baca lagi kat bawah 👇 tu ok.. 👦👩 Sebotol Vita Lea for Children mengandungi;

✔Vitamin A - untuk baiki tisu dan tulang, juga menyihatkan mata dan kulit

✔Vitamin C - buat otot, kulit, tisu penyambung sihat dan kuat

✔Vitamin D - kuatkan tulang dan gigi, bantu menyerap kalcium dengan baik

✔ Niacin - anak bertenaga

✔ Vitamin B 6 - anak jadi pintar dan berkebolehan berfikir dengan baik

✔ Vitamin E - elak sel dan tisu badan dari rosak, sihatkan sel darah merah

✔ Biotin - suburkan rambut dan kuku, rambut anak banyak dan cantik, kuku pun kuat

✔Folate - galakkan pertumbuhan sel yang sihat

✔ Zinc - tingkatkan sistem imuniti, anak tak mudah kena sakit, kalau sakit pun lekas baik

✔ Iron - membina otot yang sihat, kalau kurang mungkin membantutkan proses 'baligh' anak

✔ Vitamin B12 - untuk sistem saraf yang sihat

✔Riboflavin - baik untuk penglihatan yang baik

✔Kalsium - membina tulang yang kuat

✔ Thiamin B1 - anak bertenaga dan tak mudah letih

✔ Iodin - otak cergas, kurang iodin menyebabkan IQ anak rendah

✔Pantontenic Acid B5 - hasilkan sel darah merah yang baik

✔Magnesium - diperlukan oleh hampir semua sel dalam badan, jika anak ada tanda ADHD atau autism kemungkinan besar anak kekurangan magnesium

Fungsi Vita-Lea For Children👧👦
******************************

💖Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dipenuhi daripada pemakanan harian

💖Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

💖Menyokong jangka hayat hati,usus dan mata

💖Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi

💖Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

💖Melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf

💖Meningkatkan kesihatan paru- paru,kolon dan prostat

💖Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang

💖Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga

💖Mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal

💖Mencegah penyakit beguk( tiroid)

💖Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia @ merawat anemia

💖Membantu memulihkan selera makan

💖Melancarkan proses pencernaan

💖Membantu meningkatkan kecerdasan minda

💖Membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan

💖Membantu penyerapan zat daripada makanan

👧👦 Vita-Lea for children ni sesuai utk kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas yang;

     👫kurang minum susu

     👫kurang @ memilih makanan

     👫Tak suka makan sayur & buah-buahan

     👫Kurang aktif dan cergas

     👫kerap jatuh sakit seperti demam & selsema

🌟🌟Harga retail rm111
          1 botol = 60 biji

👦Umur 4-12 tahun -2 biji  sehari
                                               
  👶Umur 2-3 tahun ,kalau
        pandai safely menguyah
        boleh ambil 1 biji sehari

Done..hihi best kan baca info tentang vita-le for children ni..jangan lupa pm saya jika berminat untuk mencuba shaklee yer..

Brenda ben
Sid: 1072140
Pengedar shaklee seluruh Malaysia.

Monday, November 17, 2014

Cadangan Set Gastrik

Penyakit gastrik adalah berpunca daripada amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikuti waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.

Apabila amalan ini diteruskan untuk tempoh kira-kira 5 tahun, memang akan menyebabkan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, dalam tempoh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut. Tempoh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati. Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi. Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Ada juga yang mengatakan, apabila muntah pesakit akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan. Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair. Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’. Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut.

Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid. Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Untuk menangani masalah penyakit gastrik ni, SHAKLEE ada mencadangkan set vitamin shaklee untuk penyakit gastrik. Set ini terdiri daripada;

1. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

2. OSTEMATRIX
Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut. Ostematrix merupakan tablet susu yang tinggi kalsium.

3. PEPPERMINT GINGER PLUS
Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil ini juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Kanser Pangkal Rahim (Serviks)

Apa dia pangkal rahim?
Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran. Terdapat 2 jenis kanser pangkal rahim iaitu keabnormalan sel pangkal rahim sebelum menjadi kanser;

1. Atypia - merujuk kepada sedikit perubahan pada sel. Boleh dikesan melalui ujian pap smear. Perubahan pada sel ini mungkin menjadi bertambah teruk atau pulih seperti biasa. Jika keputusan ujian pap smear menunjukkan perubahan atipikal, wanita itu akan dinasihatkan supaya mengulangi ujian "pap smear" dalam masa enam bulan lagi untuk melihat samada perubahan sel atipikal tiada.

2. Dysplasia - sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).

☆ Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu;

1. Squamous cell carcinoma
Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

2. Adenocarcinoma.
Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:

1. Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) - Faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.

2. Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim.

3. Herpes - wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim.

4. Ubatan - anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim.

5. Merokok - meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.

Apakah gejala kanser pangkal rahim?
Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain. Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:
~ Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid.
~ Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
~ Pendarahan selepas putus haid.
~ Sakit semasa hubungan seksual.
~ Penambahan lelehan dari faraj.

Jika anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor dengan segera.

Bagaimana anda diagnosakan kanser pangkal rahim?

1. Ujian pap
Dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim sebelum barah terbentuk. Contoh sel dari permukaan pangkal rahim dihantar untuk analisa patologi di bawah mikroskop. Keputusan selalunya boleh diperolehi dalam masa seminggu selepas ujian. Doktor akan memasukkan sejenis alat iaitu spekulum ke dalam faraj di mana ia membuka ruang faraj bagi membolehkan pangkal rahim dilihat. Doktor akan menggunakan alat seperti spatula untuk mengambil sel dari pangkal rahim. Wanita disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua tahun.

2. Colposcopy
Doktor mungkin melakukan prosedur colposcopy untuk memeriksa kawasan pangkal rahim yang luar biasa. Alat khas yang dipanggil colposcopy (alat membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop) digunakan. Ia memberikan cahaya serta pembesaran imej tisu faraj dan pangkal rahim. Colposcopy adalah selamat digunakan pada wanita yang hamil. Walau bagaimanapun pesakit perlu memberitahu doktor jika dia berkemungkinan hamil kerana pesakit ini mungkin memerlukan rawatan yang berlainan.

3. Biopsi
Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya dengan cara diagnosa dapat dibuat dengan tepat. Semasa prosedur, doktor mengambil sedikit sampel tisu dan dihantar ke makmal untuk analisa.

4. Cystoscopy dan proctosigmoidoscopy
Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.

5. Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT)
Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X

6. Magnetic Resonance Imaging
Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap

Apakah rawatan untuk kanser pangkal rahim?
★Rawatan untuk dysplasia.
Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.

★Rawatan untuk barah pangkal rahim.
Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.

★Pembedahan
Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:
Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim
LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.

★Hysterectomy - pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.

★Radioterapi
Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.

★Kimoterapi
Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah. Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.

★Rawatan paliatif
Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.

★Vaksin HPV (Human Papillomavirus)
Vaksin ini boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Ada 2 jenis vaksin pada masa ini, iaitu Gardasil dan Cervarix. Vaksin ini menghalang seseorang wanita itu dari dijangkiti kuman HPV isitu penyebab utama kanser pangkal rahim. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berkesan untuk wanita yang telah dijangkiti virus ini. Sebaiknya vaksin ini di beri ke wanita remaja dari umur 13 tahun atau wanita yang belum pernah mengadakan hubungan seks. Ia kurang berkesan untuk wanita yang berumur lebuh dari 26 tahun.

★Set Cadangan Shaklee Untuk Kanser Servik★

Suplemen/Vitamin Shaklee telah dikaji bagi mengenalpasti fungsi maksimumnya bagi penyembuhan kanser, melawan kanser dan mencegah kanser . Dan hasilnya,terbukti di negara-negara barat.  Bukan kata ikut orang barat tapi perkara baik, kita ikut dan aplikasikan dengan nilai budaya kita?  Betul tak?

Hasil kajian oleh laman web di atas, Vitamin Shaklee terbukti memberi peranan yang sangat baik terhadap penyembuhan kanser, melawan kanser atau mencegah kanser.  Sekali lagi membuktikan bahawa vitamin/suplemen Shaklee bukan seperti sebarang ubat dadah yang hanya mengurangkan sakit dan kemudian ia datang lagi.

Jika anda merupakan pesakit kanser (tak kisahlah kanser darah, payudara, prostat dan sebagainya) anda harus cuba vitamin/suplemen Shaklee seperti berikut:

1. Alfalfa - Kanser tidak akan merebak atau membesar dengan merata di dalam tubuh yang tinggi alkalin.  Kebanyakan penduduk Amerika mempunyai badan yang berasid.  Dengan mengamalkan  30 hingga 40 biji Alfalfa Shaklee setiap hari boleh menjadikan PH tubuh manusia lebih beralkali.  Secara tidak langsung dan perlahan-lahan dan berkemungkinan besar menghentikan penyebaran sel kanser.

2. NutriFeron - Ini adalah produk unik Shaklee kerana ianya meningkatkan interferon semulajadi yang mampu dihasilkan oleh tubuh badan.  Terdapat juga interferon sintetik di pasaran yang terbukti bagus tetapi ada kesan sampingannya, harap sanggup hadapi ye (malah sangatlah mahal).  Nutriferon Shaklee berfungsi untuk menghentikan tumor. Juga punyai testimoni hebat atas kesan nutriferon kepada pesakit Hepatitis C serta 4 penyakit lain.  Nutriferon Shaklee bertindak sebagai pelindung sel imunisasi badan.

3. Carotomax - Kapsul lembut yang mengandungi set karotenoids termasuk beta kerotene, lycopene dan lain-lain.  Tisu membran mukos (lebih kepada tisu pada paru-paru) memerlukan banyak karetonoids.  Carotomax Shaklee mampu menyembuhkan tisu yang rosak.  Menurut www.investinyourhealth.com , pengkajinya telah banyak menemukan penyembuhan yang menakjubkan dengan pengambilan 10 biji carotomax sehari ke atas penghidap ulser, tisu rosak di dalam perut dan wanita dengan masalah pre kanser pangkal rahim.

4. Vita C - Dengan pengambilan 10,000 mg = 20 biji vitamin C Shaklee setiap hari menunjukkan kesan positif dramatik melawan kanser seperti yang dilaporkan oleh Linus Pauling Clinic.  Vita C menstimulasi produksi sel darah putih dan tubuh yang mempunyai lebih kandungan vitamin c mempunyai peluang membentuk semula sel tanpa mutasi.  Bukankah kanser adalah kerana kegagalan imunisasi badan melawan pembiakannya? 

5. Energizing Soy Protein - Menyingkirkan lemak haiwan adalah penting dan menggunakan lemak sayuran yang lebih mudah dihadam serta tiada kesan sampingan antibiotik yang menyumbang kepada penyakit.  Bukankah itu lebih baik serta harus diingat, Protein ESP Shaklee adalah sumber tenaga terbaik dan membantu dalam penghasilan semula sel-sel yang sihat.

6. Herb Lax - Dadah memberikan kesan tidak elok kepada usus besar mahupun usus kecil kerana ianya memperlahankan proses menyingkirkan bahan buangan sistem badan.  Sedangkan menyingkirkan toksin adalah perkara pertama yang penting dalam apa-apa usaha penyembuhan dan sudah semestinya Herb-Lax Shaklee yang bebas dadah ini, sangat membantu dalam usaha detox.

7. Performance Drink - Hidrasi badan amat penting, bayangkan walaupun hanya 1%  badan kita (yang sihat tanpa penyakit) dehidrasi boleh memberi kesan kepada keupayaan mental dan tahap kecergasan. Pada waktu kita sedang melawan penyakit, kita mesti kekal hidrasi dan memerlukan air minuman bersih yang sanagat banyak. Dan dengan menambahkan Performance Drink Shaklee ini, kita telah menambah mineral penting dalam usaha penyembuhan penyakit.

8. Vivix - Resveratrol Tonik Vivix Shaklee yang memang terbukti memudakan sel-sel tubuh yang juga beerti memberikan impak positif terhadap sel-sel tumor untuk tidak membiak kerana keupayaan sel tubuh memproduksi yang baru serta mengubah DNA dengan melambatkan penuaannya.

Seperti kata orang-orang tua, kesihatan adalah kekayaan kerana apabila kita sihat, pelbagai aktiviti untuk diri sendiri, keluarga, agama,  bangsa, atau negara boleh kita lakukan.  Jadi utamakanlah kesihatan kita dan keluarga.  Peluang dan usaha terbuka luas, tinggal kita yang mengusahakan dan dengan RahmatNYA jua yang menentukan.

Jadi kepada yang ingin menjaga kesihatan anda, jangan lupa hubungi saya untuk keterangan lanjut;
Brenda Ben,
Sid: 1072140,
Fb: Brenda Ben,
Fb Page: Pengerai.Com
0198854032
(Sms / Wechat /WhatsApp )

Merokok & Bahayanya terhadap kesihatan

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan. Mengapa anda harus berhenti merokok? Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir jika mereka terdedah dengan asap rokok. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok mudah sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak, mengalami perkembangan paru-paru yang lemah & mudah mendapat asma.

Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

1. Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
2. Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
3. Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. 4. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
5. Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
6. Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
7. Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
8. Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
9. Meningkatkan deria bau dan rasa
10. Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
11. Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
12. Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
13. Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
14. Meningkatkan kesuburan.
15. Meningkatkan tahap 'kelakian'

Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?

Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya. Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun. Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah. Terdapat beberapa kategori merokok iaitu Rokok, Cerut, Tembakau paip, Seesha. Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok. Lebih kurang 20% remaja adalah perokok. 85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok. Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok. Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain. Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan. Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung.

Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun. Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah.

Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :
~ Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
~ Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
~ Napthylamine (ubat gegat)
~ Arsenik (racun anai-anai)
~ Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
~ Kadmium (terdapat dalam bateri)
~ DDT (Ubat nyamuk)
~ Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
~ Butane (gas yang boleh membunuh)
~ Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
~ Hydrogen cyanide (racun)
~ Toluene (bahan pelarut)
~ Carbon Monoxide (gas beracun)

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?

Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
Barah payudara: lebih 11 kali ganda
Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda

Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi :
2 kali ganda nikotin
3 kali ganda tar
5 kali ganda karbon monoksida
50 kali ganda bahan kimia merbahaya

Merokok adalah dilarang di tempat-tempat awam seperti Sekolah, Hospital dan klinik, Bangunan-bangunan kerajaan, Lif dan Kapalterbang.

Seseorang mengalami rasa tidak selesa dan ketagih untuk merokok apabila tidak merokok. Di antara tanda-tanda ketagihan adalah :
• Tanda fizikal; Gelisah, menggeletar, degupan jantung lebih laju, pernafasan cetek / tidak dalam.
• Corak pemikiran; Gian untuk menghisap rokok, berasa risau, gelisah dan bimbang, tidak boleh menumpukan perhatian.
• Corak Emosi; mudah marah, mudah runsing, rasa bimbang, gelisah.
• Pola kelakuan; Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin, tercicir dari sekolah. Perubahan sikap dan tingkah laku, terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat merokok.

Merokok boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan jangka panjang kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita.

Apakah kesan-kesan jangka pendek?

Otak -  Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya

Telinga  - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak

Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan

Mulut  -  Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
          -  Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
             -   Gigi menjadi kuning

Hidung - Mengurangkan deria bau

Kulit  -  Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut

Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Apakah kesan-kesan jangka panjang?

Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
Penyakit Jantung
Angin Ahmar / Strok
Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
Penyakit mulut dan gusi
Ulser (perut, peptic)
Osteoporosis
Kemandulan (tidak boleh hamil)
Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
Mati pucuk

Apakah baiknya berhenti merokok?

Pernafasan bertambah baik
Stamina meningkat
Lebih sihat
Lebih diterima oleh masyarakat
Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
Melindungi orang lain dari bahaya merokok
Menjimatkan wang
Melindungi persekitaran

★Petua mengatasi keinginan merokok.
~ Tarik nafas panjang
~ Minum air
~ Membuat kerja lain
~ Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
~ Mandi
~ Basuh tangan
~ Senaman ringan ( contoh : regangan)
~ Sembahyang / meditasi
~ Mengamalkan suplemen

★ Berikut adalah antara supplemen Shaklee yang dicadangkan untuk perokok tegar;
1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
2) Nutriferon - Merangsang sistem imun
3) Vitamin C - Antioksidan. Merokok mengurangkan vitamin C secara mendadak
4) B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak
5) Caratomax - Pemulihan membran mukosa. Perlindungan peparu
6) Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu
7) DTX Complex - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu

My Healthy Home

SET KEDIAMAN SHAKLEE

Dengan rangkaian set penjagaan rumah ini, Shaklee bukan sahaja SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM bahkan lebih dari itu, Shaklee menJIMATkan wang kita. Apakah persamaan keempat-empat produk ini? Kalau anda perasan, keempat-empat ini ada perkataan ''concentrate". Perkataan concentrate ini menunjukkan kepekatan dan hanya sedikit sahaja digunakan untuk setiap penggunaan. Bukan seperti produk yang ada di pasaraya kini, walaupun botol besar tapi penggunaannya juga besar sebab ianya cair.

Saya sedia maklum, kebanyakan para isteri dan ibu yang membasuh pakaian atau pinggan mangkuk, tidak selesa dengan tiada buih. Sedangkan buih hanyalah penyeri cucian. Bila tiada buih, keinginan untuk memasukkan serbuk pencuci dengan lebih banyak adalah tinggi. Cuba anda kira sendiri, dalam sebulan berapa botol pencuci pinggan anda beli + berapa kilo sabun cuci anda beli = RMxxx saya percaya dalam sebulan, bajet untuk cucian sahaja mencecah seratus atau seratus lima puluh. Itu baru sebulan. Bagaimana pula dengan 3 bulan? Pastinya mencecah RM500! kan. Disini lah pentingnya Set Penjagaan Rumah dari Shaklee ini. Tidak dinafikan harga keempat-empat produk ini mencecah RM200 namun penggunaan nya adalah untuk 5 bulan!! Harga nya yang mahal dari yang lain, disebabkan:-

1) Kepekatan setiap produk ini memungkinkan penggunaan yang lama;
2) Penggunaannya sehingga 182liter (48 gallon);
3) Kesan yang lebih berkesan seperti menghilangkan gris dan minyak degil;
4) Keharuman dan kesegaran sekeliling rumah disamping selamat dari bau-bauan kimia.

Jadi sekarang pilihan di tangan anda, samada membayar RM100-150 sebulan atau RM200 untuk tiga bulan. Tidak ada paksaan dalam membuat keputusan.
Jom bertukar pilihan anda! Jadikan kediaman anda yang sungguh bersih, antibacteria, sihat dan suci. Ok, ni saya nak ceritakan tentang 4 jenis 'concentrate' ni;

1. Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan 1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!

★ 1001 Kegunaan & Kelebihan Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate ★

• Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia.
• Mencuci dan membersih ikan, ayam, daging, makanan laut daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet.
• Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak).
• Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dan etc.
• Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dan etc.
• Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan.
• Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan etc.
• Mengasah pisau.
• Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan etc.
• Menghapuskan kutu di atas kepala.
• Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas.
• Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dan etc.
• Demam panas (sebelum berjumpa doktor).
• Sakit gigi.
• Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit).
• Ulser dan mulut berbau.
• Penyubur tanaman dan penggembur tanah.
• Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan etc.

2. Fresh Laundry Concentrate
Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry Shaklee. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.
Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.
Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

3. Soft Fabric Concentrate
Soft Fabric merupakan pelembut pakaian ataupun softener. Baunya pun segar sama macam Fresh Laundry Concentrate tetapi lebih wangi. Pekatan Pelembut Fabrik (Soft Fabric Concentrated) yang berbau harum ini jauh lebih berkesan daripada produk lain dalam mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan akibat kesan statik. Dengan rumusan kepekatan tinggi, ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah anda dapat merasai perbezaannya dengan sentuhan.
Berkepekatan tinggi iaitu 32 auns berupaya melembutkan 64 cucian
Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal pelekat static dengan semulajadi, mudah dibawa, dituang dan disimpan. Gunakan cecair Soft Fabric untuk cucian dengan mesin basuh. Ia membantu mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, malah pakaian keluarga anda terasa lebih lembut berbanding sebelum menggunakannya.

4. Dish Wash Concentrate
Pencuci Pinggan Shaklee adalah Dish Wash Concentrate yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja.
Dish Wash atau pencuci pinggan mangkuk Shaklee ini lembut pada tangan. Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan serta menghasilkan buih sabun yang tahan lebih lama. Dengan itu, ia menjadikan pinggan bersih berkilau dengan hanya menggunakan beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki anda!

Anda yang mementingkan produk semulajadi, inilah masanya untuk anda bertukar kepada Set Penjagaan Rumah Get Clean Shaklee hari ini juga.

★ Keunikan Shaklee:
~ Selamat
~ Tidak toksik
~ Tiada gas beracun
~ Tiada bahan kimia berbahaya
~ Tanpa pewangi
~ Lembut pada tangan anda
~ pH seimbang
~ Tanpa klorin

Apa tunggu lagi, cepat dapatkan set penjagaan rumah dari shaklee ni, dijamin memuaskan hati anda seisi keluarga. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya iaitu pengedar sah shaklee di Malaysia;
Brenda Ben,
Sid : 1072140
Fb : Brenda Ben
Fb page : Pengerai.Com
Insta : @brenda.ben.5
0198854032 (Sms / WhatsApp / wechat)

Set Penjagaan Muka Shaklee - Enfuselle

Kenapa Enfuselle Shaklee yang terbaik? Kerana kecantikan itu dari dalam bermula dengan nutrisi kita sendiri. Jadi siapa lagi yang lebih arif tentang nutrisi yang diperlukan oleh kulit anda kalau bukan pakar nutrisi sendiri. Dan Shaklee antara pengeluar produk nutrisi terbaik di pasaran. Jadi you are in good hands with Shaklee tau.. hehe..Ok, disini saya nak perkenalkan 2 set Enfuselle shaklee iaitu;

1. Set Enfuselle normal to oily skin

2. Set Enfuselle normal to dry skin

Set pertama tadi tu yang khas untuk masalah kulit berminyak, terdiri daripada ;

1. Enfuselle Shaklee Purifying Cleansing Gel. 

Gel berbusa ini bertindak lembut menyingkirkan mekap, kotoran di wajah dan minyak berlebihan. Gel ini bebas dari bahan pembuat sabun, mempunyai PH yang seimbang dan Hipoalergenik (risiko alergik sangat rendah). Gel ini juga berfungsi mencerahkan tona kulit, dilengkapi dengan Vitamin E menjadikan kulit wajah terasa segar dan lembut selepas dicuci.

2. Enfuselle Shaklee Purifying Toner

Toner ini berfungsi melalui tiga tindakan untuk menghentikan kerosakan Pro-oksida yang boleh merosakkan kulit iaitu merangsang dan menyegarkan kulit untuk rawatan Enfuselle. Keberkesanan toner ini terbukti secara klinikal untuk meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi (‘iron’) dalam air paip. Toner ini juga mengandungu PH yang seimbang untuk membantu mengawal kulit berminyak. Toner ini diperkayakan dengan ekstrak ‘witch hazel’, ginseng dan likoris untuk menyegarkan dan menghaluskan kulit wajah, mengecilkan liang pori untuk kulit lebih halus dan yang penting Hipoallergenik.

3. Enfuselle Shaklee Balancing Moisturizer

Balancing moisturizer ini ialah formula ringkas untuk menyubur dan melembapkan kulit. pelembap ini tidak berminyak dan mengawal pengeluaran minyak pada wajah. Selain itu, fungsi pelembap ini ialah untuk mengekalkan kelembapan segera pada kulit menjadikan kulit halus dan tidak nampak berkilat dan terbukti secara klinikal;

146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari

268% pengurangan garis halus dalam masa 28 hari

173% pengurangan kedutan kulit dalam masa 28 hari

Set yang kedua pula terdiri daripada; 
1.Enfuselle Shaklee Hydrating Cleansing Lotion

Losyen ini adalah emulsi berkrim yang bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit. Losyen ini diperkayakan dengan emolien dan Vitamin E untuk kulit yang halus, seimbang dan berseri, mencerahkan tona kulit, PH yang seimbang dan yang paling penting sekali ialah Hipoallergenik.

2. Enfuselle Shaklee Hydrating Toner

Toner ini berfungsi meneutralkan tindak balas Pro-oksida yang boleh merosakkan kulit, melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle. Keberkesanan ini terbukti secara klinikal dalam meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi (‘iron’) dalam air paip & PH yang seimbang. Rumusan tanpa alkohol dalam toner ini membantu menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit dan melindungi lapisan minyak semulajadi kulit. Toner ini juga 
diperkaya dengan ekstrak ‘witch hazel’ dan ‘kamomil’ untuk menyegarkan dan menghaluskan kulit wajah, mengecilkan liang pori untuk kulit lebih halus dan Hipoallergenik.

3. Enfuselle Shaklee Hydrating Moisturizer.
Hydrating Moisturizer ini ialah krim pelembap tanpa minyak dan tidak melekit. Krim ini diperkaya dengan agen pelembap untuk menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta merta dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah. Krim ini juga Hipoallergenik dan terbukti secara klinikal;
102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
195% pengurangan garis halus dalam masa 28 hari
21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
Kesan ketara dapat dilihat serta merta dan kekal selama 24 jam.

Apa lagi, jangan tunggu lama2, cepat pm untuk mencuba set yang terlajak laris ni..hehe





BRENDA BEN,
SID : 1072140
COD : KAPIT, SARAWAK
FB: Brenda Ben
Fb page : Pengerai.Com
Insta : @brenda.ben.5
0198854032 ( Sms / WhatsApp / wechat )

Saturday, November 15, 2014

Set Penjagaan Rambut ProSanté

       Rambut adalah mahkota bagi wanita. Penjagaan rapi rambut seseorang menunjukkan keperibadian mereka. Perkara yang paling penting sekali untuk menjaga rambut ni adalah pemilihan shampoo yang sesuai. Disini saya ingin kongsikan kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee ini. Produk ini adalah bebas kimia dan selamat digunakan.

★ Kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee;
1) Long Lasting Finishing Spray
~“Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah,
~Memberikan perlindungan UV,
~Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut

•Revitalizing Shampoo
~Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
~Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
~Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

• Purifying Shampoo
~Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
~Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
~Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

• Replenishing Conditioner
~Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
~Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi.

•Lightweight Conditioner
~Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
~Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat. ~Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

• Nourishing Scalp Treatment
~Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala. 

~Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran. 

~Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.

~ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

Rambut adalah mahkota wanita. Maka jagalah rambut ini sebaik-baiknya. Wanita yang bertudung tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak menjaga rambutnya. Boleh dapatkan ProSante Shampoo rambut untuk wanita yang bertudung. Nak rambut cantik tak?


Kalo nak cantik manis bergaya dengan rambut yang menawan, "comel the off macam Kak Ton", meh la order Produk rambut ProSantè dari saya Pengedar sah Shaklee di Malaysia; 
Brenda Ben,
Sid: 1072140,
Fb: Brenda Ben,
Fb page: Pengerai.Com
Ig: @brenda.ben.5