Sunday, October 12, 2014

Diabetes yang menakutkan!!

Apakah itu Diabetes?
Diabetes adalah suatu penyakit dimana tubuh tidak dapat menghasilkan insulin (hormon pengatur gula darah) atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau insulin tidak bekerja dengan baik. Oleh karena itu akan menyebabkan gula darah meningkat saat diperiksa.

Terdapat 2 jenis Diabetes iaitu:

•Diabetes tahap 1
Suatu keadaan dimana tubuh badan tidak dapat memproses hormon insulin. Penghidap diabetes ini harus menggunakan suntikan insulin dalam menyeimbangkan tahap gula dalam darahnya. Sebahagian besar penghidap diabetes tahap 1 ini adalah kanak-kanak & remaja.

•Diabetes tahap 2
Diabetes tahap 2 ini terjadi kerana tubuh tidak memproses hormon insulin yang mencukupi atau kerana insulin tidak dapat digunakan dengan baik (resistensi insulin). Diabetes ini merupakan yang terbanyak dihidapi sekarang (90% lebih), sering terjadi pada mereka yang berusia lebih dari 40 tahun, gemuk dan mempunyai ahli keluarga yang menghidap diabetes.

Bagaimana mengetahui jika kita menghidap Diabetes?

Mereka yang menderita Diabetes sering menunjukkan gejala seperti berikut;
~Haus dan banyak minum
~Lapar dan banyak makan
~Kerap kencing
~Berat badan sering berubah-ubah
~Mata kabur
~Luka lambat sembuh
~Mudah terjadi infeksi pada kulit (gatal-gatal), saluran kencing dan gusi nyilu, rasa kebas pada tangan atau kaki.
~Badan terasa lemah
~Mudah mengantuk

Gejala-gejala di atas tak semestinya berlaku kepada semua penghidap Diabetes, untuk memastikan sama ada kita adalah penghidap Diabetes atau tidak, ujian gula dalam darah haruslah dilakukan.

★Siapakah yang berisiko menghidap Diabetes?
• Diabetes boleh terjadi pada semua orang. Tapi bagi mereka yang mempunyai keluarga yang pernah menghidap (keturunan) Diabetes, lebih besar kemungkinannya untuk menderita Diabetes.
• Berat badan berlebihan (gemuk),
• Kolesterol tinggi (pola makan yang tidak seimbang),
• Hipertensi dan kurang bersenam.
• Mereka yang berusia lebih dari 40 tahun dan mempunyai masalah kegemukan.

★Bagaimana mengetahui samada anda menghidap Diabetes atau tidak?
>Gula dalam darah puasa lebih tinggi atau sama dengan 126 mg/dl
>Gula dalam darah tidak berpuasa lebih tinggi atau sama dengan 200 mg/dl
>Gula dalam darah 2 jam setelah pemberian larutan glukosa 75 gram (pada ujian toleransi glukosa oral) lebih tinggi atau sama dengan 200 mg/dl
>Bila seseorang mempunyai gejala khas Diabetes (kerap kencing, sentiasa haus,  kerap makan & minun, berat badan menurun cepat dan badan lemas).

★Apakah yang dimaksud dengan Pre Diabetes itu?
Pre Diabetes adalah suatu keadaan dimana gula dalam darah lebih tinggi daripada normal tapi belum cukup tinggi untuk dimasukkan dalam kategori Diabetes. Mereka yang termasuk dalam kategori Pre Diabetes, berisiko tinggi untuk menghidap Diabetes tahap 2, kecuali mereka melakukan pola hidup sihat dengan menurunkan berat badan yang berlebihan dan aktif berolahraga/bersenam. Seseorang dimasukkan dalam kategori Pre Diabetes bila gula dalam darah semasa berpuasa sekitar 100-125 mg/dl., Gula dalam darah 2 jam setelah pemberian larutan glukosa 75 gram (pada ujian toleransi glukosa oral) sekitar 140-199 mg/dl.

★ Bagaimana mengatasi Diabetes ?

~Penghidap Diabetes tahap 1 &  tahap 2 sangat penting melakukan jadual pemakanan dan berolahraga/bersenam.
~Untuk Diabetes tahap 1 dan segelintir Diabetes tahap 2, diperlukan juga suntikan insulin. Untuk sebahagian penghidap Diabetes tahap 2, diperlukan ubat oral (ubat minum) agar membantu tubuh untuk membuat insulin lebih banyak dan atau membantu membuat insulin bekerja dengan lebih baik.
~ Penghidap Diabetes juga harus melakukan pemeriksaan gula dalam darah setiap bulan. Doktor akan memberikan penjelasan tentang Diabetes dan cara-cara mengawalnya, penjadualan pola pemakanan, olahraga, dan ubat atau insulin yang perlu digunakan.
~ Pesakit juga perlu melakukan pemeriksaan kadar gula dalam darah secara rutin dan melakukan pemeriksaan darah dan air kencing berkala yang meliputi HbA1c (gambaran gula dlm darah dalam 3 bulan terakhir), mikroalbumin urin (kebocoran protein dalam air kencing), kolesterol, fungsi ginjal, hati, dan sebagainya.
~ Pesakit juga perlu melakukan pemeriksaan matanya secara teratur minimal 1 kali dalam setahun untuk memastikan tidak adanya komplikasi Diabetes pada mata (retinopati).

★Adakah Diabetes dapat disembuhkan?
     Hingga kini belum ada ubat yang dapat menyembuhkan Diabetes. Tapi dengan menurunkan berat badan yang berlebih, diet yang baik, dan berolahraga secara teratur, dapat membantu menyeimbangkan gula dalam darah.          
     Selain itu, dengan pengambilan suplemen juga dapat mengawal Diabetes daripada semakin melarat. Mengamalkan pengambilan suplemen untuk tempoh jangkamasa panjang juga dapat menyembuhkan Diabetes. Disini saya ingin mencadangkan Energizing Soy Protein (ESP) untuk pesakit Diabetes tahap 1 & tahap 2. Dengan mengamalkan meminum ESP ni nescaya dapat membantu mengurangkan penderitaan penghidap Diabetes.

★ Apakah Energizing Soy Protein (ESP)??

Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

Mengapa ESP sesuai untuk penghidap Diabetes?  Sebab;
     ESP sesuai diambil oleh pesakit diabetes kerana mengandungi kandungan indeks glisemik yang rendah iaitu 39. Oleh itu, ia mampu membantu tubuh pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi.
     Indeks glisemik ni penting bagi mereka yg menghidap penyakit diabetes dan juga mereka yang sedang dalam diet sebab paras indeks glisemik ni berkaitan dengan paras glukosa. Jika pesakit diabetis mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi boleh meningkatkan risiko terkena diabetes tahap 2.
     Apa itu indeks glisemik? Indeks glisemik (GI) ialah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah. GI adalah satu ukuran secepat mana aras glukosa darah (i.e., gula darah) meningkat selepas memakan makanan tertentu. Glukosa (piawai yang ditetapkan) mempunyai indeks glisemia 100. Kesan setiap makanan terhadap aras glukosa darah berbeza-beza.
     Makanan yg kita makan akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah. Makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi akan menyebabkan paras glukosa darah meningkat dengan cepat.
     Manakala makanan berindeks glisemik rendah lambat dicerna dan diserap, meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat-peringkat dan telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan, termasuklah dalam pengawalan berat badan dan mengawal selera makan dan melambatkan rasa lapar.

Panjang lebar berjela-jela saya bincangkan tajuk Diabetes ni yer..Dengan adanya perkongsian yang tidak seberapa ini, saya berharap agar dapat membantu orang-orang di luar sana supaya lebih peka terhadap penyakit Diabetes yang mana sekarang ini semakin menular dikalangan rakyat Malaysia. Untuk konsultansi lebih lanjut mengenai cadangan suplemen yang sesuai untuk penyakit Diabetes ini, anda semua boleh menghubungi saya Pengedar sah shaklee;

Brenda Ben,
Sid : 1072140
Fb : Brenda Ben
Fb page : Pengerai.Com
Insta : @brenda.ben.5
H/p: 0198854032 (Sms / WhatsApp / wechat)

Thursday, October 9, 2014

Jom Kenali Siapa Saya.

Hai..Nama saya Brenda Ben, berasal dari Kapit, Sarawak. Saya berumur 30 tahun, anak kedua dari 7 adik beradik. Saya bekerja di SMK Kapit sebagai pembantu makmal.

Saya mula mengenali shaklee pada bulan September 2013 melalui kawan saya, Junaidawati. Masa tu sya mencuba set slim iaitu omega guard, lecithin & alfalfa. Setelah mencuba hampir sebulan, berat badan sya berjaya turun sebanyak 2kg, memang berkesan..

Pada bulan October saya masuk member shaklee melalui Junaidawati dan mula memperkenalkan shaklee kepada ahli keluarga & sahabat handai..

Skema kan cara saya memperkenalkan diri..hehe..takpe, yang penting kita ikhlas. Tujuan saya menyertai shaklee ni dan sekaligus berniaga ialah untuk memperbaiki tahap kesihatan saya & ahli keluarga. Selain itu, saya juga nak menambahkan pendapatan keluarga,  almaklum la, sekarang ni kos hidup dh tinggi, at least dengan ber-shaklee ni dapat kurangkan beban keluarga selain dari mengekalkan tahap kesihatan seisi keluarga dan sahabat handai.

Kepada yang berminat nak mengamalkan shaklee, saya salah seorang pengedar sah shaklee di kapit, sarawak.  Yang dari luar kapit pun boleh order shaklee dari saya, melalui fb saya di brenda ben. Selain fb, anda juga boleh mencari saya di instagram @brenda.ben.5 & wechat dengan id:mummy_cudeh.

Sya akan membantu sesiapa yang memerlukan konsultan dari segi kesihatan. Jadi, jangan la segan silu yer..bye..bye..