Monday, November 17, 2014

Kanser Pangkal Rahim (Serviks)

Apa dia pangkal rahim?
Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran. Terdapat 2 jenis kanser pangkal rahim iaitu keabnormalan sel pangkal rahim sebelum menjadi kanser;

1. Atypia - merujuk kepada sedikit perubahan pada sel. Boleh dikesan melalui ujian pap smear. Perubahan pada sel ini mungkin menjadi bertambah teruk atau pulih seperti biasa. Jika keputusan ujian pap smear menunjukkan perubahan atipikal, wanita itu akan dinasihatkan supaya mengulangi ujian "pap smear" dalam masa enam bulan lagi untuk melihat samada perubahan sel atipikal tiada.

2. Dysplasia - sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).

☆ Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu;

1. Squamous cell carcinoma
Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

2. Adenocarcinoma.
Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:

1. Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) - Faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.

2. Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim.

3. Herpes - wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim.

4. Ubatan - anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim.

5. Merokok - meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.

Apakah gejala kanser pangkal rahim?
Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain. Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:
~ Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid.
~ Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
~ Pendarahan selepas putus haid.
~ Sakit semasa hubungan seksual.
~ Penambahan lelehan dari faraj.

Jika anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor dengan segera.

Bagaimana anda diagnosakan kanser pangkal rahim?

1. Ujian pap
Dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim sebelum barah terbentuk. Contoh sel dari permukaan pangkal rahim dihantar untuk analisa patologi di bawah mikroskop. Keputusan selalunya boleh diperolehi dalam masa seminggu selepas ujian. Doktor akan memasukkan sejenis alat iaitu spekulum ke dalam faraj di mana ia membuka ruang faraj bagi membolehkan pangkal rahim dilihat. Doktor akan menggunakan alat seperti spatula untuk mengambil sel dari pangkal rahim. Wanita disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua tahun.

2. Colposcopy
Doktor mungkin melakukan prosedur colposcopy untuk memeriksa kawasan pangkal rahim yang luar biasa. Alat khas yang dipanggil colposcopy (alat membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop) digunakan. Ia memberikan cahaya serta pembesaran imej tisu faraj dan pangkal rahim. Colposcopy adalah selamat digunakan pada wanita yang hamil. Walau bagaimanapun pesakit perlu memberitahu doktor jika dia berkemungkinan hamil kerana pesakit ini mungkin memerlukan rawatan yang berlainan.

3. Biopsi
Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop. Hanya dengan cara diagnosa dapat dibuat dengan tepat. Semasa prosedur, doktor mengambil sedikit sampel tisu dan dihantar ke makmal untuk analisa.

4. Cystoscopy dan proctosigmoidoscopy
Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.

5. Imbasan Computed Tomography (CT atau CAT)
Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X

6. Magnetic Resonance Imaging
Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap

Apakah rawatan untuk kanser pangkal rahim?
★Rawatan untuk dysplasia.
Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.

★Rawatan untuk barah pangkal rahim.
Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.

★Pembedahan
Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:
Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim
LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dibuang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.

★Hysterectomy - pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.

★Radioterapi
Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.

★Kimoterapi
Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah. Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.

★Rawatan paliatif
Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.

★Vaksin HPV (Human Papillomavirus)
Vaksin ini boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Ada 2 jenis vaksin pada masa ini, iaitu Gardasil dan Cervarix. Vaksin ini menghalang seseorang wanita itu dari dijangkiti kuman HPV isitu penyebab utama kanser pangkal rahim. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berkesan untuk wanita yang telah dijangkiti virus ini. Sebaiknya vaksin ini di beri ke wanita remaja dari umur 13 tahun atau wanita yang belum pernah mengadakan hubungan seks. Ia kurang berkesan untuk wanita yang berumur lebuh dari 26 tahun.

★Set Cadangan Shaklee Untuk Kanser Servik★

Suplemen/Vitamin Shaklee telah dikaji bagi mengenalpasti fungsi maksimumnya bagi penyembuhan kanser, melawan kanser dan mencegah kanser . Dan hasilnya,terbukti di negara-negara barat.  Bukan kata ikut orang barat tapi perkara baik, kita ikut dan aplikasikan dengan nilai budaya kita?  Betul tak?

Hasil kajian oleh laman web di atas, Vitamin Shaklee terbukti memberi peranan yang sangat baik terhadap penyembuhan kanser, melawan kanser atau mencegah kanser.  Sekali lagi membuktikan bahawa vitamin/suplemen Shaklee bukan seperti sebarang ubat dadah yang hanya mengurangkan sakit dan kemudian ia datang lagi.

Jika anda merupakan pesakit kanser (tak kisahlah kanser darah, payudara, prostat dan sebagainya) anda harus cuba vitamin/suplemen Shaklee seperti berikut:

1. Alfalfa - Kanser tidak akan merebak atau membesar dengan merata di dalam tubuh yang tinggi alkalin.  Kebanyakan penduduk Amerika mempunyai badan yang berasid.  Dengan mengamalkan  30 hingga 40 biji Alfalfa Shaklee setiap hari boleh menjadikan PH tubuh manusia lebih beralkali.  Secara tidak langsung dan perlahan-lahan dan berkemungkinan besar menghentikan penyebaran sel kanser.

2. NutriFeron - Ini adalah produk unik Shaklee kerana ianya meningkatkan interferon semulajadi yang mampu dihasilkan oleh tubuh badan.  Terdapat juga interferon sintetik di pasaran yang terbukti bagus tetapi ada kesan sampingannya, harap sanggup hadapi ye (malah sangatlah mahal).  Nutriferon Shaklee berfungsi untuk menghentikan tumor. Juga punyai testimoni hebat atas kesan nutriferon kepada pesakit Hepatitis C serta 4 penyakit lain.  Nutriferon Shaklee bertindak sebagai pelindung sel imunisasi badan.

3. Carotomax - Kapsul lembut yang mengandungi set karotenoids termasuk beta kerotene, lycopene dan lain-lain.  Tisu membran mukos (lebih kepada tisu pada paru-paru) memerlukan banyak karetonoids.  Carotomax Shaklee mampu menyembuhkan tisu yang rosak.  Menurut www.investinyourhealth.com , pengkajinya telah banyak menemukan penyembuhan yang menakjubkan dengan pengambilan 10 biji carotomax sehari ke atas penghidap ulser, tisu rosak di dalam perut dan wanita dengan masalah pre kanser pangkal rahim.

4. Vita C - Dengan pengambilan 10,000 mg = 20 biji vitamin C Shaklee setiap hari menunjukkan kesan positif dramatik melawan kanser seperti yang dilaporkan oleh Linus Pauling Clinic.  Vita C menstimulasi produksi sel darah putih dan tubuh yang mempunyai lebih kandungan vitamin c mempunyai peluang membentuk semula sel tanpa mutasi.  Bukankah kanser adalah kerana kegagalan imunisasi badan melawan pembiakannya? 

5. Energizing Soy Protein - Menyingkirkan lemak haiwan adalah penting dan menggunakan lemak sayuran yang lebih mudah dihadam serta tiada kesan sampingan antibiotik yang menyumbang kepada penyakit.  Bukankah itu lebih baik serta harus diingat, Protein ESP Shaklee adalah sumber tenaga terbaik dan membantu dalam penghasilan semula sel-sel yang sihat.

6. Herb Lax - Dadah memberikan kesan tidak elok kepada usus besar mahupun usus kecil kerana ianya memperlahankan proses menyingkirkan bahan buangan sistem badan.  Sedangkan menyingkirkan toksin adalah perkara pertama yang penting dalam apa-apa usaha penyembuhan dan sudah semestinya Herb-Lax Shaklee yang bebas dadah ini, sangat membantu dalam usaha detox.

7. Performance Drink - Hidrasi badan amat penting, bayangkan walaupun hanya 1%  badan kita (yang sihat tanpa penyakit) dehidrasi boleh memberi kesan kepada keupayaan mental dan tahap kecergasan. Pada waktu kita sedang melawan penyakit, kita mesti kekal hidrasi dan memerlukan air minuman bersih yang sanagat banyak. Dan dengan menambahkan Performance Drink Shaklee ini, kita telah menambah mineral penting dalam usaha penyembuhan penyakit.

8. Vivix - Resveratrol Tonik Vivix Shaklee yang memang terbukti memudakan sel-sel tubuh yang juga beerti memberikan impak positif terhadap sel-sel tumor untuk tidak membiak kerana keupayaan sel tubuh memproduksi yang baru serta mengubah DNA dengan melambatkan penuaannya.

Seperti kata orang-orang tua, kesihatan adalah kekayaan kerana apabila kita sihat, pelbagai aktiviti untuk diri sendiri, keluarga, agama,  bangsa, atau negara boleh kita lakukan.  Jadi utamakanlah kesihatan kita dan keluarga.  Peluang dan usaha terbuka luas, tinggal kita yang mengusahakan dan dengan RahmatNYA jua yang menentukan.

Jadi kepada yang ingin menjaga kesihatan anda, jangan lupa hubungi saya untuk keterangan lanjut;
Brenda Ben,
Sid: 1072140,
Fb: Brenda Ben,
Fb Page: Pengerai.Com
0198854032
(Sms / Wechat /WhatsApp )

No comments:

Post a Comment