Monday, November 3, 2014

Tempat menarik yang ingin dilawati.

Selamat sejahtera semua..apa khabar hari ni, moga sihat semuanya.. Mode melancong saya dah ON ni..biasa la cuti sekolah dah dekat kan, 3 minggu lagi.. Sebelum bercuti tu kena cari & buat kajian dlu mana tempat paling best kita nak pergi kan.. Macam saya ni sekarang teringin sangat nak pergi KOREA, kalo boleh saya nak pergi ke tempat2 yang menarik seperti yang kita tengok dalam drama Korea..hahha..berangan jangan kurang k!

Tempat yang saya teringin sangat nak pergi ialah Pulau Nami ( Nami Island ). Pulau Nami adalah tempat wajib yang mesti saya dilawati jika ke Korea. Pulau Nami terkenal kerana menjadi lokasi pengambaran drama korea hit iaitu Winter Sonata. Pemandangan yang cantik dengan pokok-pokok dan sun gain menjadikan pulau ini salah satu tarikan utama.   

Tempat yang kedua pula ialah Padlock cinta di Namsan Tower Lock of love at Namsan Tower. Berjuta-juta padlock (mangga kunci) yang dikuncikan di Namsan Tower.   Korea memang terkenal dengan tempat romantik terutamanya di Seoul. Salah satunya adalah Namsan Tower. Pasangan kekasih mengambil peluang untuk kunci cinta mereka di Namsan Tower padlock cinta sebagai padlock kenangan di namsan tower. Pastikan anda kuncikan padlock cinta anda di sini sebagai kenangan. Mungkin satu hari nanti, anda dan pasangan akan melancong sekali lagi ke Korea sambil menikmati pemandangan dari puncak Namsan seperti scene dalam drama Korea.

Tempat seterusnya yang saya teringin sangat nak pergi ialah Myeongdong "Cosmetic Heaven". Korea memang sangat terkenal dengan produk kosmetik dan kecantikan. Bagi saya yang suka mencari barangan kosmetik & kecantikan yang berkualiti, popular dan berpatutan, Myeongdong adalah tempat yang harus saya kunjungi suatu hari nanti. Tidak seperti negara lain, hampir semua kedai kosmetik di korea memberikan sampel produk kosmetik & kecantikan secara percuma kepada pelanggan. That why saya suka!! Hahha..

Selain dari produk kosmetik & kecantikan,  benda yang saya paling suka ialah kimchi..hihhi..saya suka makan kimchi, sampaikan saya buat sendiri kimchi dengan berpandukan resepi secara online.. Tapi, selagi tak merasa kimchi made in Korea, saya belum puas hati. Kimchi ni ialah sayur yang diperap dengan rempah & serbuk cili, semakin lama perapan sayur ni semakin mahal harganya dan sedap rasa kimchi nya..

Selepas penat shopping & makan, apa kata kalo saya lepak jap di kafe.. Di Korea, cafe banyak di buka, tak ubah seperti kedai mamak di Malaysia. Macam2 design dan warna, sangat menarik. 2 tempat yang akan saya lawati jika berkesempatan nanti ialah Hello Kitty Cafe & Cat Cafe..huhhu..mesti syok kan..alahai..panjang benar angan2 saya ni..tapi tak salah berangan2, dengan angan2 itula kita akan dapat mencapai apa yang diimpikan.. Semoga tempat2 yang cantik dan menarik ni hadir dalam mimpi sya nanti..buhbye & gudnite all..




No comments:

Post a Comment