Wednesday, November 5, 2014

Shaklee Collagen Powder

Hai..hai..hai..Nama berita wai?? Hehe..hari ni celoteh saya pasal Shaklee Collagen Powder.  Sebelum tu, kita berkenalan dulu dengan kolagen..

1. APA ITU KOLAGEN / COLLAGEN?
Kolagen atau collagen adalah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen dan 80% tulang adalah kolagen. Kornia mata kita pun sebenarnya adalah kolagen

2. APA FUNGSI KOLAGEN / COLLAGEN?
Kolagen bertindak melindungi organ kita seperti hati, perut, jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan organ dalaman lain. Kalau untuk organ luaran, kolagen membantu dalam kecantikan dan kesihatan. Kulit jadi licin dan berseri, tiada jerawat atau jeragat, jadi awet muda, jadi ejen anti penuaan dan paling best, boleh bantu mencegah penyakit.

3. APA ITU SHAKLEE COLLAGEN POWDER (SCP) ?
Mesti la semua nak tahu, ape yang best sangat pasal Shaklee Collagen Powder ni kan. Shaklee Collagen Powder ni memang semulajadi dan sumber kolagen yang hebat. Sebab? Sebab Shaklee Collagen Powder mengandungi 4,000mg proprietari Red Snapper Scale (RSS) kolagen iaitu kolagen yang sangat berkualiti tinggi, tulen, lasak dan elastik yang diestrak daripasa sisik ikan Snapper. Ikan Snapper ni kalau orang Malaysia panggil ikan merah.

Selain itu kolagen ikan ni ada beberapa bahan utama lain yang dimasukkan kedalam Shaklee Collagen Powder iaitu;
1. Estrak biji  benih camellia Japonica,
2. Estrak Pfaffia,
3. Estrak kerang kerangan,
4. Lactobacillius acidophilus,
5. Vitamin C dan vitamin B.

Semua bahan-bahan ni digabungkan untuk meningkatkan kadar keberkesanan RSS.

4. APA BEZANYA SHAKLEE COLLAGEN POWDER DENGAN COLLAGEN LAIN?
Shaklee Collagen Powder ni dibuat daripada kolagen bermolekul sangat ringan lebih kurang 1,00 Dalton. SCP ni juga mengandungi asid amino yang sangat tinggi, dalam 3000. Kalau jisim molekul biasa, lebih dari 300,000 Dalton pastu asid aminonya 20-50 je.. beza sungguh kan! Sebab tu la Shaklee Collagen Powder ni berkesan!

Bila Shaklee Collagen Powder ni mempunyai jisim molekul yg sangat rendah maka mudahlah diserap badan dan usus kita. Bila senang serap dapatlah bantu tingkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis kulit kita ni dengan berkesan. Ha, faham tak?

Lepas tuh, Shaklee Collagen Powder ni mempunyai sel kepaduan yang sangat tinggi dan mempunyai kapasiti untuk mengekalkan kelembapan kulit kita. 1 gram asid hialuronik boleh menahan air sebanyak 6 liter. Hebat kan?

Ramuan Shaklee Collagen Powder ni tiada pengawet atau bahan tiruan ye. Semua 100% semulajadi, tiada pewarna & perasa tiruan, senang nak dibawa ke mana-mana & sangat mudah larut.

5. APA KEBAIKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER?
Banyak manfaatnya Shaklee Collagen Powder ni. Ni adalah antaranya;
~Mengembalikan keanjalan kulit
~Meningkatan kelembapan kulit
~Mengelakkan kulit kering
~Mencerah dan mengurangkan pigmentasi dan jeragat di wajah
~Menegangkan payudara dan punggung
~Anti-penuaan
~Mengurangkan kedutan
~Mengecilkan lubang pori-pori di wajah
~Mengurangkan 'eye bag'
~Meningkatan kecergasan tubuh badan
~Memberikan kesuburan rambut

Banyak kan..Tapi ada bukti ianya berkesan. Ujian klinikal ke atas Shaklee Collagen Powder membuktikan
• 71% pengguna mempunyai tesktur kulit yang lebih gebu selepas mengggunakannya selama 8 minggu berturut-turut.
• 69% peningkatan terhadap kelembapan kulit.
• 75% peningkatan terhadap kelicinan kulit.
• 90% peningkatan terhadap keserian wajah dan kulit.
• 80% pengurangan kedutan diwajah

★ See, i told you! ★

6. SIAPA YANG MESTI AMBIL SHAKLEE COLLAGEN POWDER?
Semua manusia dan haiwan boleh ambil! Hehehe..Lawak jer. Anda mesti ambil kalau dah tergolong dalam golongan ini;
★ Ada kedutan dekat wajah
★ Ade jeragat dan bintik hitam
★ Ade 'eye bag'
★ Ade pori-pori besar
★ Kulit lesu dan mudah kering
★ Kelihatan tua dari umur sebenar (Oh no!!!)
★ Sakit belakang dan sakit sendi
★ Ada pigmentasi dan kulit tona tak sekata
★ Gusi tak sihat
★ Garis halus di leher
★ ayudara kendur dan punggung pun tak perky (heheehe)
★ Kuku senang pecah
★ Ada lingkaran hitam bawah mata
★ Rambut kering lepas tu ada bercabang pulak dihujungnya

Kalo tak ada masalah2 seperti diatas pun  boleh ambil Shaklee Collagen Powder ni, bagus utk kesihatan secara keseluruhan.. Sekian corat coret saya hari ni..kalo nak penerangan yang lebih mendalam lagi, cepat2 la pm saya k..senang jer, clik2 terus kuar;
Brenda Ben,
Sid : 1072140
Fb : Brenda Ben
Fb page : Pengerai.Com
Insta : @brenda.ben.5
Hp : 0198854032 (Sms/WhatsApp/Wechat)

1 comment: