Monday, November 17, 2014

Merokok & Bahayanya terhadap kesihatan

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan. Mengapa anda harus berhenti merokok? Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir jika mereka terdedah dengan asap rokok. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok mudah sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak, mengalami perkembangan paru-paru yang lemah & mudah mendapat asma.

Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

1. Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
2. Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
3. Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. 4. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
5. Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
6. Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
7. Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
8. Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
9. Meningkatkan deria bau dan rasa
10. Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
11. Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
12. Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
13. Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
14. Meningkatkan kesuburan.
15. Meningkatkan tahap 'kelakian'

Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?

Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya. Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun. Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah. Terdapat beberapa kategori merokok iaitu Rokok, Cerut, Tembakau paip, Seesha. Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok. Lebih kurang 20% remaja adalah perokok. 85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok. Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok. Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain. Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan. Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung.

Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun. Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah.

Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :
~ Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
~ Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
~ Napthylamine (ubat gegat)
~ Arsenik (racun anai-anai)
~ Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
~ Kadmium (terdapat dalam bateri)
~ DDT (Ubat nyamuk)
~ Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
~ Butane (gas yang boleh membunuh)
~ Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
~ Hydrogen cyanide (racun)
~ Toluene (bahan pelarut)
~ Carbon Monoxide (gas beracun)

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?

Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
Barah payudara: lebih 11 kali ganda
Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda

Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi :
2 kali ganda nikotin
3 kali ganda tar
5 kali ganda karbon monoksida
50 kali ganda bahan kimia merbahaya

Merokok adalah dilarang di tempat-tempat awam seperti Sekolah, Hospital dan klinik, Bangunan-bangunan kerajaan, Lif dan Kapalterbang.

Seseorang mengalami rasa tidak selesa dan ketagih untuk merokok apabila tidak merokok. Di antara tanda-tanda ketagihan adalah :
• Tanda fizikal; Gelisah, menggeletar, degupan jantung lebih laju, pernafasan cetek / tidak dalam.
• Corak pemikiran; Gian untuk menghisap rokok, berasa risau, gelisah dan bimbang, tidak boleh menumpukan perhatian.
• Corak Emosi; mudah marah, mudah runsing, rasa bimbang, gelisah.
• Pola kelakuan; Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin, tercicir dari sekolah. Perubahan sikap dan tingkah laku, terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat merokok.

Merokok boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan jangka panjang kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita.

Apakah kesan-kesan jangka pendek?

Otak -  Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya

Telinga  - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak

Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan

Mulut  -  Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
          -  Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
             -   Gigi menjadi kuning

Hidung - Mengurangkan deria bau

Kulit  -  Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut

Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Apakah kesan-kesan jangka panjang?

Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
Penyakit Jantung
Angin Ahmar / Strok
Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
Penyakit mulut dan gusi
Ulser (perut, peptic)
Osteoporosis
Kemandulan (tidak boleh hamil)
Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
Mati pucuk

Apakah baiknya berhenti merokok?

Pernafasan bertambah baik
Stamina meningkat
Lebih sihat
Lebih diterima oleh masyarakat
Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
Melindungi orang lain dari bahaya merokok
Menjimatkan wang
Melindungi persekitaran

★Petua mengatasi keinginan merokok.
~ Tarik nafas panjang
~ Minum air
~ Membuat kerja lain
~ Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
~ Mandi
~ Basuh tangan
~ Senaman ringan ( contoh : regangan)
~ Sembahyang / meditasi
~ Mengamalkan suplemen

★ Berikut adalah antara supplemen Shaklee yang dicadangkan untuk perokok tegar;
1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
2) Nutriferon - Merangsang sistem imun
3) Vitamin C - Antioksidan. Merokok mengurangkan vitamin C secara mendadak
4) B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak
5) Caratomax - Pemulihan membran mukosa. Perlindungan peparu
6) Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu
7) DTX Complex - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu

No comments:

Post a Comment